Thursday, January 24, 2008

2. Fungsi wau (wal) pada walistihaalah waljawazu

Kepada pengguna Mozilla Firefox, dapatkan font arabi di sini klik

" ... ketahuilah bahawa sesungguhnya hukum yang dibangsakan akal itu tersimpan ia atas tiga bahagi alwujub wal istihaalah waljawazu ".(الوجوب والاستحالة والجواز)

Benarkah terjemahan :
  1. alwujub ( الوجوب ) itu ialah "wajib"?
  2. walistihaalah ( والاستحالة ) ialah mustahil; dan
  3. waljawazu ( والجواز ) pula mumkin atau jaiz?
Jika jawazu itu ialah "mumkin" kenapa pula semasa takrif untuk "mumkin" itu menggunakan perkataan "jaiz" ( الجائز) bukannya jawazu?

Dalam matan, Sanusi telah menakrifkan jaiz itu :

والجائز ما يصح في العقل وجوده وعدمه
wal jaizu maa yasohihi fil aqli wujuduhu wa adamuhu

Kenapa tidak ada perkataan "jawazu" di sini? Adakah jawazu itu jamak? Singular? Atau sebaliknya?

-----------------------

Jika dalam dalam bahasa melayu kita mengatakan :

" Pertama wajib kedua mustahil dan ketiga jaiz "

maka akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab seperti berikut :

الاول هو ضرورة ، والثانية والثالثة من المستحيل الممكن

Tetapi dalam Matan Barahin, perkataan "al-uula" ( اَلاُوْلَ ) yang membawa makna dalam Bahasa Melayu sebagai "Pertama" tidak pula dinyatakan. Begitu juga dengan perkataan "tsaniyah" ( ثانية ) dan "tsalatsah" ( ثالثة ) - untuk "kedua" dan "ketiga".

-----------------------

Adakah Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdul Rahman Fatani tidak mengerti Bahasa Arab? Mustahil, kerana pada mukasurat enam dalam matan yang diterjemahkan itu ada pula perkataan "al-uula" ( الاول ) yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai "pertama". Tetapi kenapa Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdul Rahman menterjemahkan ayat alwujub walistihaalah waljawadzu itu sebagai, " .... pertama wajib kedua mustahil dan ketiga harus" ?
----------------------

Kini timbul persoalan jika "الوجوب والاستحالة والجواز" bukannya wajib, mustahil dan harus, maka apakah maknanya? Mustahil setiap perkataan itu tiada makna! Setiap barang mesti ada namanya. Setiap nama mesti ada barangnya.

Dalam hal ini, wau pada "الوجوب والاستحالة والجواز" berperanan semata-mata himpun (mutlaaqatil jam'i). Maksudnya, wau pada
  1. istihaalah itu sebenarnya adalah untuk al-wujub; dan
  2. wau pada jawazu itu juga untuk al-wujub.
dalam erti kata lain "الوجوب والاستحالة والجواز" ini adalah sifat atau ketuhanan dan fungsi "wau " dalam ayat tersebut adalah semata-mata untuk menghimpun sifat kepada sifat. Inilah kerumitan untuk memahami nahwu dan lughah Bahasa Arab.

Akibat daripada pemahaman yang salah mengenai ayat "الوجوب والاستحالة والجواز" ini, maka timbul tuhan itu bersifat dengan wajib, mustahil dan harus! Sedangkan wajib, mustahil dan harus itu adalah HUKUM AKAL! Bukannya sifat!

Dalam erti kata lain hukum akal iaitu wajib, mustahil dan harus itu adalah untuk menghukum sifat iaitu alwujub walistihaalah waljawazu. Maka dengan sebab itu hukum akal itu tersimpan ia pada (untuk perkataan yanhasirufi) bukannya tersimpan ia dalam.

Perkataan yanhasirufi itu jika diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, membawa makna restricted to atau terhad pada.


.... bersambung

Saya bukannya ahli dalam bidang nahwu dan bukannya mahir berbahasa Arab tetapi amat menitik beratkan ketepatan terjemahan Matnu Umm al-Barahin ini. Dengan sebab itu saya jalankan blog ini kerana ingin mendapatkan pandangan serta hujah daripada tuan/puan pembaca supaya hal ini dapat dilihat dari pelbagai perspekstif dan dari pelbagai sudut .

Pembetulan daripada tuan/puan mengenai pandangan saya ini, amat saya alu-alukan.



Kepada pengguna Mozilla Firefox, dapatkan font arabi di sini klik

1 comment:

shahil said...

Assalaamualaikum.

Memang kita bukanlah ahli nahu. Namun seperti yang dipelajari dari tuan-tuan guru, kita memahamilah apa itu sifat. Dan kita tidaklah mengatakan hukum akal itu sifat tetapi letak kepercayaan bahawa ALLah Taala itu Zat yang bersifat yang pasti bagi ZatNya (wajib), tidak bersifat Dia dengan lawan sifat pasti itu (mustahil) dan mungkin dia melakukan sesuatu atau tidak (harus).

Ertinya jika kita tidak percaya ALLah Taala itu ujud, Qidam dan seterusnya, ALLah Taala itu tetaplah ujud dan Qidam. Ertinya akal kita tidak dapat menghapuskan ALLah Taala semata-mata kita tidak percaya atau akal cuba menolak kepastian ujudnya ALLah dengan segala sifat KamalatNya.

Kalau kita percaya harimau itu ganas, itulah sifat pasti (wajib) harimau. Kalau kita cuba berkata harimau itu macam kucing jinak, harimau tidak akan jinak tetap ganas kerana itulah sifat yang pasti bagi harimau. Demikian juga kaedahnya bagi kucing, ia tetap jinak walau cuba dikatakan ganas.

Inilah yang menjadi keributan kita dimana saya pernah dikritik hebat oleh seorang pengomentar. Namun saya tidak apa-apa kerana saya memahamkan Tauhid ini dengan semudah mungkin.

Sesungguhnya amatlah mudah memahami hakikat ALLah Taala itu. Sebab itulah saya mengelakkan diri untuk menulis istilah yang berat-berat, yang sulit untuk difahami umum.

Hanya umat Kristen sahaja yang begitu susah menjelaskan Tuhan.

Oh ya, tuan menggunakan blogspot. Agak sukar bagi saya untuk log komen kerana memerlukan log-in wordpress dahulu. Atau mungkin ada cara yang lebih mudah untuk log-in?

Wassalam