Thursday, January 24, 2008

2. Fungsi wau (wal) pada walistihaalah waljawazu

Kepada pengguna Mozilla Firefox, dapatkan font arabi di sini klik

" ... ketahuilah bahawa sesungguhnya hukum yang dibangsakan akal itu tersimpan ia atas tiga bahagi alwujub wal istihaalah waljawazu ".(الوجوب والاستحالة والجواز)

Benarkah terjemahan :
  1. alwujub ( الوجوب ) itu ialah "wajib"?
  2. walistihaalah ( والاستحالة ) ialah mustahil; dan
  3. waljawazu ( والجواز ) pula mumkin atau jaiz?
Jika jawazu itu ialah "mumkin" kenapa pula semasa takrif untuk "mumkin" itu menggunakan perkataan "jaiz" ( الجائز) bukannya jawazu?

Dalam matan, Sanusi telah menakrifkan jaiz itu :

والجائز ما يصح في العقل وجوده وعدمه
wal jaizu maa yasohihi fil aqli wujuduhu wa adamuhu

Kenapa tidak ada perkataan "jawazu" di sini? Adakah jawazu itu jamak? Singular? Atau sebaliknya?

-----------------------

Jika dalam dalam bahasa melayu kita mengatakan :

" Pertama wajib kedua mustahil dan ketiga jaiz "

maka akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab seperti berikut :

الاول هو ضرورة ، والثانية والثالثة من المستحيل الممكن

Tetapi dalam Matan Barahin, perkataan "al-uula" ( اَلاُوْلَ ) yang membawa makna dalam Bahasa Melayu sebagai "Pertama" tidak pula dinyatakan. Begitu juga dengan perkataan "tsaniyah" ( ثانية ) dan "tsalatsah" ( ثالثة ) - untuk "kedua" dan "ketiga".

-----------------------

Adakah Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdul Rahman Fatani tidak mengerti Bahasa Arab? Mustahil, kerana pada mukasurat enam dalam matan yang diterjemahkan itu ada pula perkataan "al-uula" ( الاول ) yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai "pertama". Tetapi kenapa Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdul Rahman menterjemahkan ayat alwujub walistihaalah waljawadzu itu sebagai, " .... pertama wajib kedua mustahil dan ketiga harus" ?
----------------------

Kini timbul persoalan jika "الوجوب والاستحالة والجواز" bukannya wajib, mustahil dan harus, maka apakah maknanya? Mustahil setiap perkataan itu tiada makna! Setiap barang mesti ada namanya. Setiap nama mesti ada barangnya.

Dalam hal ini, wau pada "الوجوب والاستحالة والجواز" berperanan semata-mata himpun (mutlaaqatil jam'i). Maksudnya, wau pada
  1. istihaalah itu sebenarnya adalah untuk al-wujub; dan
  2. wau pada jawazu itu juga untuk al-wujub.
dalam erti kata lain "الوجوب والاستحالة والجواز" ini adalah sifat atau ketuhanan dan fungsi "wau " dalam ayat tersebut adalah semata-mata untuk menghimpun sifat kepada sifat. Inilah kerumitan untuk memahami nahwu dan lughah Bahasa Arab.

Akibat daripada pemahaman yang salah mengenai ayat "الوجوب والاستحالة والجواز" ini, maka timbul tuhan itu bersifat dengan wajib, mustahil dan harus! Sedangkan wajib, mustahil dan harus itu adalah HUKUM AKAL! Bukannya sifat!

Dalam erti kata lain hukum akal iaitu wajib, mustahil dan harus itu adalah untuk menghukum sifat iaitu alwujub walistihaalah waljawazu. Maka dengan sebab itu hukum akal itu tersimpan ia pada (untuk perkataan yanhasirufi) bukannya tersimpan ia dalam.

Perkataan yanhasirufi itu jika diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, membawa makna restricted to atau terhad pada.


.... bersambung

Saya bukannya ahli dalam bidang nahwu dan bukannya mahir berbahasa Arab tetapi amat menitik beratkan ketepatan terjemahan Matnu Umm al-Barahin ini. Dengan sebab itu saya jalankan blog ini kerana ingin mendapatkan pandangan serta hujah daripada tuan/puan pembaca supaya hal ini dapat dilihat dari pelbagai perspekstif dan dari pelbagai sudut .

Pembetulan daripada tuan/puan mengenai pandangan saya ini, amat saya alu-alukan.



Kepada pengguna Mozilla Firefox, dapatkan font arabi di sini klik

1. Matnu Umm al-Barahin

PENDAHULUAN

Matnu Umm al-Baharahin atau dalam Bahasa Melayunya "Teks Ibu Segala Bukti" merupakan karya Abi Abdillah Muhammad bin Yusuf as-Sanusi. Matan ini lebih dikenali atau popular terutamanya di kalangan umat Islam di Malaysia yang ingin mendalami aqidah atau ilmu tauhid dengan nama Matan Barahin.

Di Malaysia, teks ini diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fatani dan di cetak oleh Percetakan Al-Muarif Sdn. Bhd. di 173-C, Jalan Sungai Pinang, 10150 Pulau Pinang.

Kepada tuan/puan pembaca yang budiman, persoalan pokok yang ingin saya ketengahkan dalam blog ini :


MAKNA MATAN

Pertamanya maksud Matan atau Teks itu sendiri. Pada fahaman saya, teks ini tidak dijadikan oleh Sanusi semasa hayat beliau sebagai karya utama tetapi lebih merupakan satu nota untuk dijadikan sebagai panduan syarahan beliau mengenai aqaid sahaja.

Semasa muzakarah dengan sahabat sepengajian, saya akui masih ramai yang belum menghayati maksud matnu atau matan atau teks. Ramai yang menganggap bahawa matan ini adalah sama dengan kitab. Pada saya, Matan Barahin bukannya kitab dan bukan juga syarah atau "syarh". Maka dengan sebab itu, kaedah penyampaian matan ini mestilah berhati-hati kerana setiap ayat, perkataan dan huruf dalam matan ini memerlukan guru yang amat mahir sahaja untuk menghuraikannya.

Secara umumnya pada fahaman saya, lawan bagi perkataan "teks" atau "matan" ialah syrh atau lebih disenangi di lidah bangsa Melayu dengan sebutan "syarah". Daripada syarah lalu boleh dijadikan kitab.

Persoalan pokok yang saya yang kedua ialah mengenai terjemahan perkataan "al-wujubu wal istihaalah wal jawadzu" dalam mukasurat 1 utama teks ini.


.... akan bersambung

Komentar mengenai Umm al-Barahin oleh Shaykh‘Abdullāhal-Malāli dan diterjemahkan ke dalam dalam Bahasa Inggeris oleh Auwais Rafudeen ada di marifah.net dalam format Adobe PDF.

Kepada pengguna Mozilla Firefox, dapatkan font arabi di sini klik