Thursday, March 27, 2008

9. Petikan dari Kitab rahsia sembahyang (Bhg 3)

Penyunting: Al Syeikh Muhammad Jamaluddin Al Qasimi Ad Dimasqi
(Kitab Bimbingan Mukmin - Mau’izhatul Mu’minin min Ihya’ Ulumiddin)
Sumber: http://www.geocities.com/bimbinganmukmin/4c_kitab_rahsia_sembahyang_c.htm

(Bahagian Akhir)
Bersambung dari Bahagian 2

TUGAS IMAM

Orang yang menjadi Imam mempunyai beberapa tugas sebelum sembahyang, begitu pula dalam bacaannya dan pada rukun-rukunnya dan seterusnya sesudah memberi salam.

Tugas-tugas Imam sebelum sembahyang ada enam macam :

(1) Tidak boleh menjadi imam jika sekalian makmumnya membencinya atau tiada bersetuju dengannya. Jangan ke depan juga kalau di belakang ada orang yang lebih faqih’ daripadanya, kecuali jika orang itu enggan ke depan, ketika itu bolehlah dia menjadi Imam. Dalam hal ini, makruh masing-masing tolak menolak untuk menjadi Imam.

(2) Menjaga waktu-waktu sembahyang dengan menunaikan tiap-tiap sembahyang pada permulaan waktunya, agar diperolehi keredhaan Allah (SWT) Ta’ala. Permulaan waktu itu diutamakan dari pengakhirannya samalah seperti mengutamakan kehidupan akhirat dan penghidupan dunia ini. Imam tiada harus melewatkan sembahyang kerana menggangu orang ramai datang, melainkan hendaklah ia melekaskannya agar memperoleh keutamaan permulaan waktu, kerana yang demikian itu adalah lebih afdal daripada ramainya orang yang berjemaah (tetapi lambat), dan daripada bacaan surah-surah yang panjang.

No comments: