Thursday, March 27, 2008

5. Koleksi Al-Quran & Hadis Mengenai Solat

Allah telah berfirman :

“Dan dirikanlah sembahyang, kerana sesungguhnya sembahyang dapat melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran” (Al- Ankabut: 45)

“Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wustho”(Al Baqarah : 238)

“Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu”(Thoha : 14)

“… dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabar kamu dalam mengerjakannya”(Thoha : 132)

“Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan”(Maryam : 59)

“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (Neraka)?” Mereka menjawab : “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat”(Al Muddatsir : 42-43)

“Dan dirikanlah olehmu akan solat dan berikanlah olehmu zakat dan ruku’lah berserta orang-orang yang ruku"(Al Baqarah ; 43)

“Dan dirikanlah olehmu solat, Kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”(Al ‘Ankabut : 45)

“Kemudian apabila kamu telah merasa aman maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”(An Nisa : 103)

Nabi telah bersabda :

“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mengerjakannya bererti ia menegakkan agama, dan barangsiapa yang meninggalkannya (tidak mengerjakannya) bererti ia meruntuhkan agama”

“Pokok urusan ialah Islam, sedangkan tiangnya adalah solat, dan puncak keseluruhannya adalah berjuang di jalan Allah”

“Janji yang (mengikat) antara kami (kaum muslimin) dan antara mereka (kafirin) adalah solat. Maka barangsiapa yang meninggalkannya ia benar-benar telah kafir”

“Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah di kala hamba itu bersujud (di dalam solat). Maka berbanyak-banyaklah berdoa di dalam sujud itu”

“Sesunggunya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”

“Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka ia akan bertambah jauh dari Allah”.

“Solat adalah perbuatan mula pertama dihisab bagi seorang hamba. Apabila solatnya baik maka baiklah semua perbuatannya; dan apabila solatnya buruk maka buruklah semua perbuatannya”.

“Solat yang lima dan Juma’at yang satu sampai Juma’at yang lain adalah menjadi kafarat terhadap apa (dosa) yang dilaksanakannya di antara semuanya itu selama dosa-dosa besar tidak dilakukannya”.

“Apakah kamu sekelian melihat, seandainya pada pintu salah seorang di antara kamu sekalian ada sungai yang mana ia mandi daripadanya lima kali setiap hari, apakah masih ada sesuatu kotoran pada orang tersebut? Para sahabat menjawab : Tidak sedikitpun terdapat kotoran padanya. Baginda bersabda : yang demikian itu adalah perumpamaan solat yang lima (solat fardhu) di mana Allah menghapuskan dosa-dosa genan solat-solat itu”.

“Apabila seseorang selalu memelihara solatnya maka ia akan dimuliakan dengan lima kemuliaan iaitu :

  1. Dihilangkan kesempitan penghidupan daripadanya
  2. Dihilangkan siksa kubur daripadanya
  3. Diberikan surat amalan kepadanya nanti di hari mahsyar dari sebelah kanan
  4. Diberikan kesanggupan untuk melewati/melintasi jembatan (sirathal mustaqim) dengan kecepatan kilat
  5. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Saudara pembaca dan sahabat dianjurkan menganggukkan kepala sambil berkata, “na’am Ya Rasulullah (benar ya Rasulullah)” sesudah membaca sesuatu hadis.

No comments: